Antara Sunnah-sunnah Nabi SAW sebelum, ketika dan selepas tidur adalah
seperti berikut
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa
tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga
yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah
Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.3. Barangsiapa yang
membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai
mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X,
Allahuakbar 33 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan
sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya
tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat
Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada
kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail
semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan
mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
