Apabila seseorang dari umatku membaca
ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya
Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang
yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan
diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”
Anas bin Malik lalu
bertanya “Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca
setiap hari?”
Rasulullah S.A.W
menjawab, ” Tidak, cukuplah membacanya pada
setiap hari Jumaat.”
Umat terdahulu hanya
sedikit sahaja mepercayai rasul-rasul. Apa pun kita sebagai umat Islam tidak
boleh berasa ragu tentang apa yang telah Allah dan Rasul terangkan.
Apa yang dianjurkan Rasulullah S.A.W
kepada kita mempunyai kebaikan. Rasulullah S.A.W menyuruh kita
mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan surah Kursi banyak diterangkan di
dalam hadis. Surah kursi juga dapat menghalang gangguan syaitan.
Begitulah dengan
surah-surah lain. Setiap isi al-Quran itu mempunyai kelebihannya. Oleh
itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat- ayat
al-Quran, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W.
Sesungguhnya, keraguan
dan rasa was-was itu datang dari syaitan.
