Berzina merupakan dosa besar. Mereka yang melakukannya hendaklah segera bertaubat. Taubat yang wajib adalah dengan taubat nasuhat iaitu taubat bersungguh-sungguh.
Berikut adalah 6 syarat taubat yang diterima Allah SW
:
1.Ikhlas melakukan bertaubat
2.Tidak akan mengulangi lagi dosa tersebut
3.Menyesal diatas perkara yang telah dilakukan
4.Nekad dalam hati tidak akan melakukan dosa tersebut
selama-lamanya
5.Dikerjakan sebelum ajal tiba
6.Mencari suasana dan rakan yang baik agar dosa
tersebut tidak dilakukan lagi
Firman Allah SWT :
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu
kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan
kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan
orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh)
mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa
mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam
gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan
limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas
tiap-tiap sesuatu. (At-Tahrim:66:8)
Semoga Allah SWT menerima taubat hambaNYA.
