Kebaikan Bersedekah Di Dalam Islam | Sedekah adalah amalan yang sangat baik di dalam Islam. Sedekah
memberi maksud pemberian atau amalan seseorang kepada orang lain secara rela
dan seikhlas hati. Contohnya mengeluarkan harta dengan niat mendapatkan
keredhaan Allah SWT.
Berikut adalah kebaikan bersedekah di
dalam Islam :
1.Di panjangkan umur.
Nabi SAW menyatakan bahawa Allah SWT Maha
Berkuasa dan Maha Mengetahui. Allah SWT boleh memendekkan atau memanjangkan
umur seseorang mengikut kehendakNYA. Jika ALLAH SWT reda akan hambaNYA yang
banyak bersedekah, maka sukar bagi ALLAH SWT merubah qada dan qadar-Nya yang
telah tertulis.
Firman Allah
SWT maksudnya : “Sesungguhnya urusan-Nya apabila dia mengkehendaki
sesuatu dia hanya berkata kepadanya:”Jadilah!” maka terjadilah sesuatu itu.”
(Surah Yassin ayat 81).
2.Dapat menghapuskan sifat sombong, takbur
dan riak
Mereka yang bersedekah dan tidak kedekut
Allah SWT akan mencampakkan dalam hatinya perasaan kasih sayang, lemah lembut,
tenang, suka pada kebenaran dan akan dijauhkan oleh Allah SWT sifat sombong,
takbur dan menunjuk-nunjuk dengan pemberiannya.
Seorang anak lelaki bertanya Rasulullah
SAW : “Sedekah mana yang lebih besar pahalanya?
Nabi menjawab, “Sedekah yg diberikan sedangkan pada masa itu engkau masih sihat dan
sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang hendak mendermakan harta kerana takut
jadi fakir dan engkau berangan untuk menjadi kaya).
Dalam Al-Quran ada dinyatakan siapakah
yang hendak memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan
hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya
dengan lipat ganda yang banyak.
Dan Allah menyempitkan dan melapangkan
(rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan. Jelaslah dengan kita memberi
sedekah rezeki kita akan datang dengan murahnya dari-Nya.
Sumber: Alquran(Surah Al Baqarah Ayat
245)
4.Sedekah dapat menyucikan diri dan harta
Di dalam Surah Al-Taubah ayat 103
membuktikan bahawa, “Ambil sedekah daripada harta mereka untuk membersihkan
dan menyucikan mereka, dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa kau itu menjadi
ketenangan hati mereka.
Ayat ini
menjelaskan 2 perkara utama iaitu barang yang harus disedekahkan dan sebab
untuk bersedekah. Dengan sedekah ia dapat membersihkan jiwa dan harta yang
dimiliki.
Sesungguhnya
amalan bersedekah sangat digalakkan di dalam Islam. Ia dapat memberikan
kebahagiaan dan kesenangan kepada mereka yang memerlukan.
